assalamualaikum
usahawan selalu dirujuk kepada aktiviti dalam bidang ekonomi.
Orang yang berusaha mewujudkan kegiatan yang menghasilkan kegiatan ekonomi termasuk pembuatan, perusahaan, perkhidmatan dan ada bentuk perniagaan atau tukaran wang atau benda maka ia termasuk dalam bidang usahawan.
Mencari nafkah hidup dengan makan gaji atau ambil upah selalunya tidak dikategorikan sebagai ushawan. Tetapi jika ia membuka syarikat atau satu perusahaan miliknya atau secara berkongsi dan dia juga mengambil pendapatan dari syarikat itu secara tetap atau gaji ia tetap dianggap sebagai pengusaha. Ini kerana ia terlibat dalam membuat keputusan syarikat dan menanggung risiko.
1.Bagaimana bidang usahawan ini dapat dikaitkan dengan Islam.
2.Apakah Islam menggalakkan bidang usahawan.
3.Apakah bidang yang menjadi prioriti pada pandangan Islam.
4.Apakah konsep kejayaan bagi usahawan pada pandangan Islam.
5.Bagaimana hendak menjadi usahawan yang berjaya.
Inilah antara persoalan yang patut kita bicarakan. Bukan kita mengajar atau berguru, tetapi sekadar bertukar pandangan sambil nasihat menasihati dalam bidang yang luas ini.Mudah2an ada munafaatnya dalam rangka watawasau bilhaq watawasau bissabr, iaitu saling tegor menegor dan memberi perangsang.
1.Hubungan Usahawan dengan Islam,
Islam adalah satu sistem hidup yang hak yang benar dan mutlak. Ia memberi panduan untuk kita untuk mencapai hasanah, kebahagian dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat, atau semasa hidup dan sesudah mati.
Usahawan adalah berkaitan dengan kehidupan ekonomi, atau muamalah. Matlamatnya adalah untuk memakmurkan alam dunia ini secara yang baik dan diredhai Allah. Matlamat selanjutnya adalah untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia bagi mencari rezki untuk memenuhi tanggungjawab diri dan keluarga. Melalui usahawan ini diharapkan dapat menghasilkan pendapatan atau harta . Melalui harta pula dapat kita menyempurnakan tangggung jawab berugama termasuk ibadat khusus seperti zakat dan haji yang memerlukan harta untuk melaksanakannya.
2.Apakah Islam menggalakkan usahawan.
Galakan terhadap usahawan ini adalah bagi membolehkan sesaorang itu melaksanakan tanggungjawab berugamanya sengan sempurna. Usahawan menghasilokan pendapatan bagi nafkah diri dan tanggungan. Orang yang tidak uzur diwajibkan berusaha atau bekerja dan tidak mengharapkan pemberian orang atau meminta-minta. Rasulullah saw memuji peniaga yang jujur, hingga mungkin dapat bersama dengan nabi, syuhada dan solihin nanti di akhirat.
3. Apakah bidang yang prioriti.
Bidang yang menjadi prioriti tentulah yang menjadi prioriti juga menurut Islam. Bidang permakanan, pembuatan pakaian, penjagaan kesihatan, bidang pertahanan dan keselamatan, bidang pendidikan, bahkan bidang peribadatan khusus adalah yang prioriti. Maka sebarang usaha menghasilkan barangan dan perekhidmatan dalam bidang ini amat lah baik diteroka, kerana ia dapat memenuhi keperluan utama umah dan menyelesaikan urusan fardhu kifayah.
4.Apakah konsep kejayaan dalam bidang usahawan.
Kejayaan pertama dan utama adalah apabila dapat memenuhi kehendak Allah dan memenuhi maslahah ammah bagi umat .
Sekiranya usaha yang dilakukan memberi munafaat kepada ummah, walaupun belum memberi keuntungan maka ia tetap dipuji.Bahkan usaha ini merupakan jihad pada jalan Allah. Allah menganggap semua usaha yang memberi munafaat sebagai qardhulhasan. atau pinjaman kepada Allah yang pastinya di beri ganjaran.
Namun demikian keuntungan kebendaan tetaap tidak dihalang atau diharamkan andainya usaha yantg dibuat melalui jalan yang sah dan sesuai dengan syariat Islam. Untuk itu wajiblah kita mempelajari syariat, halal dan haram dalam muamalah dan berusaha semaksima mungkin dan seikhlas mungkin untuk melaksanakannya dalam bidang yang diceburi.
5.Bagaimana menjadi usahawan berjaya.
Setelah kita memahami konsep kejayaan dalam bidang usahawan maka kita haruslah memenuhi syarat dan tuntutannya.
Setiap bidang ada undang-undang kejayaannya, ada kaedah yang perlu dipenuhi dan menjadi sunnatullah. Sesiapa saja yang mengikutinya tidak kira apa kepercayaannya maka akan berjaya. Yang membezakan usahawan muslim dengan yang bukan muslim adalah dari segi niat, kaedah pelaksanaan dan mengambil pertimbangan halal haramnya.
Secara umumnya, kejayaan memerlukan ilmu, maklumat dan data supaya kita betul2 faham bidang yang diceburi.
Ilmu perlu diterjemahkan dalam bentuk perancangan dan tindakan secara berhikmat atau stratiji.
Sistem yang baik menghasilkan proses yang baik dan menghasilkan natijah yang baik.
Setiap sisten yang telah dicuba berkali2 dan diperbaiki memerlukan muhasabah berterusan. Muhasabah bererti monitoring atau pengawasan dan kawalan mutu.
Dari segi sifat dalaman pengusaha maka akhlak yang baik mesti diterapkan dalam jiwa, hati dan amalan.
Konsep ihsan perlu difahami bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan, dan malaikatnya berada disamping kita untuk mencatat amalan kita.
Lakukan yang terbaik mengikut akal, lojik. Pohon petunjuk, ilham yang baik dari Allah dengan hati yang berseh dan niat yang suci. Hasilnya jika belum dicapai perlukan kesabaran. Minta nasihat dari ahlilzikri atau orang yang pakar dalam bidang tertentu.
Lanjutkan usaha dengahn tawakkal berserah dan pasrah kepada Allah dengan segala kelebihan dan usaha yang telah dilaksanakan. Allah yang menentukan kita yang berusaha. Allah maha tahu apa yang baik untuk kita, jangan menyalahkan Allah, jika masih gagal. Syukurlah dan pen8uhi maiksud kesyukuran sebaik2nya. Wallahu'alam. wassalam (Sila komen/ baiki/ tambah) Isemaail@hotmail.com
Sunday, February 17, 2008
Wednesday, January 23, 2008
USHAWANMUSLIM
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi hidayah kepadaku dengan Islam. Agama yang diturunkan Allah melalui para rasulNya dengan Muhammad SAW sebagai rasul penutup atau terakhir yang membawa risalah yang satu dan sama dengan para rasul terdahulu dari Adam iaitu mentauhidkan Allah.
Setelah disampaikan akidah tauhid mengesakan Allah maka Allah menurunkan pula cara2 atau kaedah untuk melaksanakan peribadatan dan pengabdian kepadaNya, iaitu melalui syariah. Kaedah atau syariah ini merangkumi semua persoalan kehidupan manusia atau semua bidang hidup manusia. Kaedah atau syariat ini ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Semua syariat ini telah ditunjukkan dan diamalkan oleh Muhammad, Rasululah SAW dalam kehidupan baginda supaya dapat diikuti, dikembangkan dan diperjuangkan oleh pengikut atau umatnya hingga hari kiamat nanti.
Antara bidang kehidupan manusia termasuklah yang berkaitan dengan pengurusan diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Ini termasuklah cara peribadatan khusus kepada Allah, cara-cara hidup yang berhubungan dengan manusia dan alam. Pada hari ini kita panggil urusan peribadi, urusan ekonomi, urusan sosial, urusan politik dan pentadbiran negara, urusan perang dan perdamaian, urusan perundangan, urusan perhubungan antarabangsa dan sebagainya.
Matlamat umum dari syariat ini adalah untuk mencapai kehidupan hasanah di dunia dan akhirat itu pencapaian status kebahagiaan, kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan diteruskan dengan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak.
Bidang yang cuba dibincangkan disini adalah tentang keushawanan. Persoalan ini adalah berkaitan dengan hubungan sesama manusia, yang melibatkan urusan ekonomi dan pencarian rezki . Antara bentuk kegiatan ekonomi adalah persoalan pemilikan harta, pencarian, perniagaan dan penggunaannya samaada secara fizikal maupun harta intelek .
Hakikat pertama yang perlu disedari dalam urusan ekonomi ini adalah segala bentuk harta adalah milik mutlak Allah yang mencipta dan memiliki alam dan dunia ini. Kita hanyalah pemegang amanah atau peminjam yang bertanggungjawab terhadap keputusan dan perlakuan kita terhadap harta itu di hadapan Allah nanti di hari penghakiman dan hari pembalasan.
Secara asas kalau kita mewakilkan harta kita kepada sesaorang tentulah kita akan menyediakan beberapa soalan untuk dijawab dan kita periksa pula apakah benar percakapannya dengan perlakuannya. Mungkin kita akan bertanya,apa bentuk harta yang diambil, dimana dan bagaimana diambil. Berapa banyak yang diambil , bagaimana digunakan atau dikembang dan dimunafaatkan.Berapa banyak digunakan sendiri dan selebihnya kemana diagehkan . Setiap jawapan perlu dengan bukti dan kumudiannya kita akan membuat penilaian samaada pemegang amanah ini bagus dan baik atau sebaliknya. Jika bagus kita bukan sekadar memberi upah yang adil tetapi kita cenderung memberi lebih sebagai tanda penghargaan atas kebaikan dan kecemerlangannya.
Allah menyuruh kita berusaha untuk kehidupan mengikut yang termampu. Rasulullah memuji mereka yang makan dari hasil usaha sendiri dengan mengambil contoh nabi Daud yang mahir sebagai tukang besi.Beliau menyebutkan bahawa sembilan persepuluh rezki terdapat dalam perniagaan dan gulungan peniaga yang beramanah akan bersamanya disyurga kelak.
Orang yang berharta berpeluang pula melaksanakan ibadat zakat harta yang sewajarnya menjadi motivasi kepada kita untuk mencari harta, menunafaatkannya dan mensucikannya . Dengan menguasai sejumlah harta tertentu dapat pula melaksanakan peribatan khusus dan umum seperti memunaikan haji di Baitullah, bersedekah, membantu gulungan yang miskin dan sebagai sumbangan jihad pada jalan Allah.
Persoalan selanjutnya adalah bagaimana untuk menjadi ushawan muslim yang berjaya dan mendapat keredhaan Allah. (salorkan idea tuan/puan kpd :isemaail@hotmail.com) terima kaseh wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
