ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi hidayah kepadaku dengan Islam. Agama yang diturunkan Allah melalui para rasulNya dengan Muhammad SAW sebagai rasul penutup atau terakhir yang membawa risalah yang satu dan sama dengan para rasul terdahulu dari Adam iaitu mentauhidkan Allah.
Setelah disampaikan akidah tauhid mengesakan Allah maka Allah menurunkan pula cara2 atau kaedah untuk melaksanakan peribadatan dan pengabdian kepadaNya, iaitu melalui syariah. Kaedah atau syariah ini merangkumi semua persoalan kehidupan manusia atau semua bidang hidup manusia. Kaedah atau syariat ini ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Semua syariat ini telah ditunjukkan dan diamalkan oleh Muhammad, Rasululah SAW dalam kehidupan baginda supaya dapat diikuti, dikembangkan dan diperjuangkan oleh pengikut atau umatnya hingga hari kiamat nanti.
Antara bidang kehidupan manusia termasuklah yang berkaitan dengan pengurusan diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Ini termasuklah cara peribadatan khusus kepada Allah, cara-cara hidup yang berhubungan dengan manusia dan alam. Pada hari ini kita panggil urusan peribadi, urusan ekonomi, urusan sosial, urusan politik dan pentadbiran negara, urusan perang dan perdamaian, urusan perundangan, urusan perhubungan antarabangsa dan sebagainya.
Matlamat umum dari syariat ini adalah untuk mencapai kehidupan hasanah di dunia dan akhirat itu pencapaian status kebahagiaan, kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan diteruskan dengan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak.
Bidang yang cuba dibincangkan disini adalah tentang keushawanan. Persoalan ini adalah berkaitan dengan hubungan sesama manusia, yang melibatkan urusan ekonomi dan pencarian rezki . Antara bentuk kegiatan ekonomi adalah persoalan pemilikan harta, pencarian, perniagaan dan penggunaannya samaada secara fizikal maupun harta intelek .
Hakikat pertama yang perlu disedari dalam urusan ekonomi ini adalah segala bentuk harta adalah milik mutlak Allah yang mencipta dan memiliki alam dan dunia ini. Kita hanyalah pemegang amanah atau peminjam yang bertanggungjawab terhadap keputusan dan perlakuan kita terhadap harta itu di hadapan Allah nanti di hari penghakiman dan hari pembalasan.
Secara asas kalau kita mewakilkan harta kita kepada sesaorang tentulah kita akan menyediakan beberapa soalan untuk dijawab dan kita periksa pula apakah benar percakapannya dengan perlakuannya. Mungkin kita akan bertanya,apa bentuk harta yang diambil, dimana dan bagaimana diambil. Berapa banyak yang diambil , bagaimana digunakan atau dikembang dan dimunafaatkan.Berapa banyak digunakan sendiri dan selebihnya kemana diagehkan . Setiap jawapan perlu dengan bukti dan kumudiannya kita akan membuat penilaian samaada pemegang amanah ini bagus dan baik atau sebaliknya. Jika bagus kita bukan sekadar memberi upah yang adil tetapi kita cenderung memberi lebih sebagai tanda penghargaan atas kebaikan dan kecemerlangannya.
Allah menyuruh kita berusaha untuk kehidupan mengikut yang termampu. Rasulullah memuji mereka yang makan dari hasil usaha sendiri dengan mengambil contoh nabi Daud yang mahir sebagai tukang besi.Beliau menyebutkan bahawa sembilan persepuluh rezki terdapat dalam perniagaan dan gulungan peniaga yang beramanah akan bersamanya disyurga kelak.
Orang yang berharta berpeluang pula melaksanakan ibadat zakat harta yang sewajarnya menjadi motivasi kepada kita untuk mencari harta, menunafaatkannya dan mensucikannya . Dengan menguasai sejumlah harta tertentu dapat pula melaksanakan peribatan khusus dan umum seperti memunaikan haji di Baitullah, bersedekah, membantu gulungan yang miskin dan sebagai sumbangan jihad pada jalan Allah.
Persoalan selanjutnya adalah bagaimana untuk menjadi ushawan muslim yang berjaya dan mendapat keredhaan Allah. (salorkan idea tuan/puan kpd :isemaail@hotmail.com) terima kaseh wassalam

No comments:
Post a Comment